Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Seremban

Bahagian Pengurusan Fasiliti telah beroperasi di UiTM Kampus Seremban bermula daripada 3 Februari 2014 selaras dengan pembukaan UiTM Kampus Seremban. Bagi setiap kampus PFI, Bahagian Pengurusan Fasiliti(BPF) hanya dibekalkan dengan EMPAT (4) orang staf sahaja. Ketua bahagian adalah Jurutera dibantu oleh Penolong Jurutera Kanan, Penolong Jurutera dan Penjaga Jentera Elektrik.

Bahagian Pengurusan Fasiliti di UiTM Kampus Seremban ini dibantu dari segi operasi penyelenggaraan kampus oleh syarikat konsesi yang telah dilantik diawalnya yang menandatangani kontrak selama 20 tahun. Segala operasi yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, senitaman, pencegahan kebakaran ,penyaman udara dan sebagainya dikendalikan oleh syarikat konsesi yang berkenaan. Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Kampus Seremban akan memantau kerja-kerja tersebut melalui system ‘Computerized Facility Management System (CFMS)’ yang telah dibangunkan oleh Bahagian Kualiti Audit Fasiliti (BKAF).

Walaupun begitu dengan tenaga yang dibekalkan seramai EMPAT (4) orang ini, operasi dalaman kampus adalah menjadi tanggungjawab BPF. Urusan melibatkan tempahan dewan kuliah, lanjutan tempoh guna penyaman udara, tempahan majlis dan kelengkapan sehingga persiapan dewan peperiksaan dan sebagainya adalah dibawah tanggungjawab BPF. BPF juga terlibat secara langsung terhadap perancangan pembangunan serta tadbir urus UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban ini .

Konsep ‘multi-skilling’ yang diterapkan di Universiti Teknologi MARA kepada setiap staf diaplikasikan sepenuhnya di sini bagi memastikan perjalanan aktiviti kampus berlangsung dengan lancar dan sempurna. BPF UiTM Kampus Seremban akan sentiasa berusaha bagi mencapai misi dan visi UiTM seterusnya menjadikan UiTM Kampus Seremban sentiasa dalam keadaan yang kondusif dan selamat.

Objektif Kualiti Jabatan

Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Bayaran dan Tuntutan (PFI) Negeri (JPBTN) dapat dibuat mengikut jadual yang dirancang setiap tahun.Memastikan KPI jabatan sentiasa pada tahap 90% setiap bulan.Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual konsesi dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai KPI yang ditetapkan.Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak konsesi setara dengan perbelanjaan penyelenggaraan yang dikeluarkan.Membuat kawalan supaya kadar kegunaan tenaga yang digunakan tidak melebihi 0.24 sen setiap kaki persegi sebulan bagi tempoh setahun.Membuat kawalan supaya kos membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh vandalisma tidak melebihi 5% setahun.Memastikan 90% keputusan kajian kepuasan pelanggan pada tahap memuaskan bagi tempoh setahun.Memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi segala langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh BKKP PPF untuk mengelakkan kemalangan jiwa di tapak kerja bagi tempoh setahun.Memastikan inisiatif warga kampus menggunakan e-aduan ditingkatkan kepada 90%.

Piagam Pelanggan

Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Negeri Sembilan, Kampus Seremban akan memastikan warga kampus;

Menerima perkhidmatan terbaikMenerima layanan mesra dan segeraSuasana Kampus yang bersih dan kondusifMemenuhi permohonan majlis atau aktiviti dengan peralatan yang lengkapSistem e-aduan yang efektifProses aduan diselesaikan dalam tempoh masa yang diperuntukanMemastikan kualiti perkhidmatan konsesi sentiasa pada tahap mencapai KPI utamamengoptimumkan segala sumber bagi tujuan fasiliti kampus.Proses permohonan ubahsuai atau guna ruang dipercepatkan